Tuesday, 31 May 2016

KOKURIKULUM KRAFTANGAN

Assalamualaikum...

Saya nak kongsikan antara aktiviti kraftangan yang saya lakukan sepanjang kelas kokurikulum kraftangan :

                                                                1. Whale Bookmark

  


2. Dounut Keychain





3. Mini Owl Pillow
 

4. Quilling Paper


  Bengkel Kraftangan bertempat di Tadika Bahtera Khalifah, Bandar Putra Permai from 9am - 12.30pm




                                                                                                                    By : amirayusoff

Monday, 30 May 2016

SENI BAKUL KERTAS

Assalamualaikum dan Hai..

Seni bakul kertas ini boleh dihasilkan daripada surat khabar atau majalah lama. Haa kita kan dalam usaha untuk menjaga alam sekitar jadi bakul ini adalah salah saru daripadaya. Malah ia juga sangat menarik dan sesuai dihadikan hiasan di sudut ruang rumah mahupun pejabat.









*terima kasih google untuk gambar-gambar yang menarik

by : ~aininsofia~

Me and Crafty

Assalammualaikum dan Hai semua!


Sepanjang 14 minggu menjalani kusus kraftangan ini, banyak perkara yang saya telah pelajari. Antaranya ialah, belajar menjahit!

Hikhik.

Sebelum ini saya tak pernah terlintas untuk 'pandai' buat flushy dan donat ini, tapi setelah Miss Asyikin mengajar kami dengan penuh sabar, kami berjaya juga buat!

Saya juga merasakan kraftangan ini boleh dijadikan sebagai bisnes untuk tampung pembelajaran sebagai seorang mahasiswa, tetapi ia memerlukan komitmen yang sangat tinggi.

Saya juga berasa sangat seronok bila berjaya hasilkan kraftangan yang sangat comel ini. Lepas ini, saya rasa saya akan buat lagi. :D

Projek mega kami juga berjalan dengan jayanya. Membuat kraftangan bersama adik-adik di tadik Little Caliph sangat memberi makna buat diri saya. Saya akan ingat sampai bila-bila.

my first doughnut

Terima Kasih kepada Fasilitator saya, Miss Asyikin kerana banyak memberikan tunjuk ajar. Saya rasa sangat sangat sangat seronok!


By: Tuan Farah

What I get along these 14 weeks!



Bismillahirahmannirrahim.

Assalamualaikum semua.  

Antara aktiviti yang saya lukukan sepanjang 14 minggu ini ialah petanda buku, donut, dolphin, burung hantu dan banyak lagi. Hihi. Saya dapat belajar menjahit. Rupa-rupanya baru saya tahu bahawa kraftangan ini dapat menjana pendapatan yang sangat lumayan bilamana seseorang itu kreatif. 

Aktiviti yang paling saya sukai adalah buat owl plushie @ bantal kecil bentuk burung hantu. Sangat comel hasil yang saya lakukan. (angkat bakul sendiri). 

Seterusnya untuk projek mega kami membuat Bengkel kraftangan Craftywarrior’s yang bertemakan “LET BE CRAFTY, CREATIVE, ENJOY AND HAVE FUN” di Tadika Bahtera Khalifah Bandar Putra Permai dengan objektifnya adalah Memberi pendedahan dan pembelajaran berterusan kepada ahli kumpulan dalam merancang dan menguruskan program serta mengenalpasti masalah dan jalan penyelesaiannya melalui teknik pemikiran kritis dan kreatif. 

Kedua, Mewujud dan menanam nilai kepimpinan, semangat kerjasama dan kerja berpasukan di kalangan pelajar dalam melaksanakan sesuatu
program. 

Ketiga, Mewujudkan rangkaian kerjasama erat (net-working) antara masyarakat dengan institusi pengajian tinggi, serta mengukuhkan jalinan hubungan bersama agensi berkaitan bagi mencapai matlamat pembangunan negara. Murid di situ sekitar umur 5-6 tahun. 

Saya sangat teruja dapat berjumpa dengan mereka kerana murid2 di situ sangat bijak dan juga baik. Contohnya, saya ada terdengar ada seorang murid lelaki yang bercita-cita ingin menjadi seorang veterina kerana ingin menolong haiwan. Saya tidak pernah terfikir bagaimana seorang murid kecil ada cita-cita yang sangat besar dan murni. Murid-murid banyak ragam dan kerenah, tetapi itu yang membuatkan saya gembira setiap kali melihat telatah mereka yang sangat comel. Antara aktiviti yang kami lakukan bersama murid2 di sini adalah, dance little dance, sesi kraftangan bobodora pensil topper dan my baby boo. Saya suka! saya suka!

Saya juga yakin murid2 disitu sangat gembira dengan aktiviti yang kami lakukan. Antara ouput saya peroleh untuk projek mega ini adalah dapat tahu bagaimana mahu menguruskan sesuatu program, semangat kerjasama dalam satu pasukan, cara beriteraksi dengan murid2 dan banyak lagi. Terima kasih pada guru penasihat saya, Miss Asyikin kerana banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dan rakan2. Semoga Allah membalas jasa cikgu setimpal dengan apa yang cikgu curahkan ilmu kepada saya dan rakan-rakan.

Terima kasih miss. 

Koko kraftangan awesome.


By: Farah Nini
HASIL DARI KESELURUHAN KELAS KRAFTANGAN QKH 2102


Sepanjang 14 minggu menjalani kursus kraftangan QKH 2102, kami telah banyak mempelajari kemahiran dari segi insaniah dan teknikal. Fasilitator kami, iaitu Cik Asyikin telah banyak mengajar kami berkaitan ilmu-ilmu kraftangan. justeru, teknik-teknik yang sukar untuk dilakukan juga berjaya diajar oleh Cik Asyikin.

Dengan menghadiri kursus ini, kami dapat manambah ilmu pengetahuan baru mengenai kraftangan sekaligus dapat melatif kemahiran insaniah kami.

 p/s: lepas ni xda dah nak panggil miss dan cakap "Miss, macam mna nak buat ni?"

Terima kasih Miss!


Disediakan oleh,

Nurul Syafiqah binti Ishak 184097
Nuranyssa Aiyanie binti Aznan 181697

Friday, 27 May 2016

Kraftangan dan Architecture

Pengalaman Kami

   Menyertai kelas Koko Kraftangan merupakan sebuah pengalaman baru yang amat berharga buat kami, pelajar-pelajar lelaki jurusan Architecture. Hal ini bukan sahaja kerana kami dapat mengenali rakan-rakan baru yang mesra dan peramah, malah kami juga bekesempatan untuk mempelajari ilmu baru iaitu kraftangan itu sendiri.

Apa itu Kraftangan?

     Kraftangan merupakan satu penghasilan produk berguna atau hiasan dengan menggunakan tangan sepenuhnya dan perkakas ringkas sahaja. 

Bagaimana Kraftangan membantu Kami?
      
     Sebagai seorang pelajar arkitekture, kemahiran menggunakan tangan/ketukangan adalahsangat penting bagi kami. Oleh itu, aktiviti kraftangan secara tidak langsung dapat menjadi satu medium untuk kami melatih kemahiran ketukangan disamping mengasah bakat yang mungkin telah lama terpendam. 

  


by: Raja Izzam, Hidzeir Haizar,
      Amirul Faiz, Haikal Rusman.

BOOKMARK TEMPLATE & TUTORIAL (BOBODORA PENCIL TOPPER)


 Apa itu Penanda Buku / Bookmark?

Penanda Buku- Sekeping kertas atau kad kecil yang lazim nya digunakan sebagai 'penunjuk' arah di mana kita berhenti membaca ketika itu dan juga 'penunjuk' arah di mana kita patut menyambungnya nanti.

Bunyi nya tidak begitu penting pada semua orang TETAPI amat berguna pada mereka yang gemar membaca. Amat berfungsi pada mereka yang cinta kan BUKU dan terlalu sayang untuk melipat helaian mukasurat. Dalam ertikata lain, Penanda buku memudah cara pada Pembaca!




Membuat 'template' BOBODORA PENCIL TOPPER


Pandangan hadapan


Rambut

Pandangan belakang




                       

                  DORA

 




Pandangan hadapan
Topi
Pandangan belakang



             BOBOIBOY 








 Membuat 'tutorial' BOBODORA PENCIL TOPPER



DORA

                                      


                                                    






BOBOIBOY

                          



                                        

                                       








 by : Wawa & Humaira