Sepanjang 14 minggu menjalani kusus kraftangan ini, banyak perkara yang saya telah pelajari. Antaranya ialah, belajar menjahit!
Hikhik.
Sebelum ini saya tak pernah terlintas untuk 'pandai' buat flushy dan donat ini, tapi setelah Miss Asyikin mengajar kami dengan penuh sabar, kami berjaya juga buat!
Saya juga merasakan kraftangan ini boleh dijadikan sebagai bisnes untuk tampung pembelajaran sebagai seorang mahasiswa, tetapi ia memerlukan komitmen yang sangat tinggi.
Saya juga berasa sangat seronok bila berjaya hasilkan kraftangan yang sangat comel ini. Lepas ini, saya rasa saya akan buat lagi. :D
Projek mega kami juga berjalan dengan jayanya. Membuat kraftangan bersama adik-adik di tadik Little Caliph sangat memberi makna buat diri saya. Saya akan ingat sampai bila-bila.
my first doughnut
Terima Kasih kepada Fasilitator saya, Miss Asyikin kerana banyak memberikan tunjuk ajar. Saya rasa sangat sangat sangat seronok!
By: Tuan Farah
No comments:
Post a Comment