Monday, 30 May 2016

What I get along these 14 weeks!



Bismillahirahmannirrahim.

Assalamualaikum semua.  

Antara aktiviti yang saya lukukan sepanjang 14 minggu ini ialah petanda buku, donut, dolphin, burung hantu dan banyak lagi. Hihi. Saya dapat belajar menjahit. Rupa-rupanya baru saya tahu bahawa kraftangan ini dapat menjana pendapatan yang sangat lumayan bilamana seseorang itu kreatif. 

Aktiviti yang paling saya sukai adalah buat owl plushie @ bantal kecil bentuk burung hantu. Sangat comel hasil yang saya lakukan. (angkat bakul sendiri). 

Seterusnya untuk projek mega kami membuat Bengkel kraftangan Craftywarrior’s yang bertemakan “LET BE CRAFTY, CREATIVE, ENJOY AND HAVE FUN” di Tadika Bahtera Khalifah Bandar Putra Permai dengan objektifnya adalah Memberi pendedahan dan pembelajaran berterusan kepada ahli kumpulan dalam merancang dan menguruskan program serta mengenalpasti masalah dan jalan penyelesaiannya melalui teknik pemikiran kritis dan kreatif. 

Kedua, Mewujud dan menanam nilai kepimpinan, semangat kerjasama dan kerja berpasukan di kalangan pelajar dalam melaksanakan sesuatu
program. 

Ketiga, Mewujudkan rangkaian kerjasama erat (net-working) antara masyarakat dengan institusi pengajian tinggi, serta mengukuhkan jalinan hubungan bersama agensi berkaitan bagi mencapai matlamat pembangunan negara. Murid di situ sekitar umur 5-6 tahun. 

Saya sangat teruja dapat berjumpa dengan mereka kerana murid2 di situ sangat bijak dan juga baik. Contohnya, saya ada terdengar ada seorang murid lelaki yang bercita-cita ingin menjadi seorang veterina kerana ingin menolong haiwan. Saya tidak pernah terfikir bagaimana seorang murid kecil ada cita-cita yang sangat besar dan murni. Murid-murid banyak ragam dan kerenah, tetapi itu yang membuatkan saya gembira setiap kali melihat telatah mereka yang sangat comel. Antara aktiviti yang kami lakukan bersama murid2 di sini adalah, dance little dance, sesi kraftangan bobodora pensil topper dan my baby boo. Saya suka! saya suka!

Saya juga yakin murid2 disitu sangat gembira dengan aktiviti yang kami lakukan. Antara ouput saya peroleh untuk projek mega ini adalah dapat tahu bagaimana mahu menguruskan sesuatu program, semangat kerjasama dalam satu pasukan, cara beriteraksi dengan murid2 dan banyak lagi. Terima kasih pada guru penasihat saya, Miss Asyikin kerana banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dan rakan2. Semoga Allah membalas jasa cikgu setimpal dengan apa yang cikgu curahkan ilmu kepada saya dan rakan-rakan.

Terima kasih miss. 

Koko kraftangan awesome.


By: Farah Nini

No comments:

Post a Comment